Tuesday, December 29, 2009

kembali ke UTHM!!!!!

stArt 28/12 semALAm....bermuLAlah sem akhir Ktorg..
pelajar2 DIp 07/08....
huhuhuuuu minggu pertame y menyeronokkAN....
NO cLASS BA.... Tapi satu je kene fikir...
projek diploma..... ape ye nak buat...
bagi idea.....

Sunday, December 6, 2009

DI SEBALIK AIR SEMBAHYANG...

dalam sehari, sebagai umat islam, kt akan mengangkat air sembahyang...tapi..adakah kita tahu amalan y sebaik-baiknya ketika membersihkan setiap anggota daripada muka hinggalah ke kaki?

ada yang bersuci hanya untuk memenuhi syarat sah sembahyang...
tapi x tahu setiap satu anggota itu ada doa y kt mohon untuk bekalan akhirat kelak, yang boleh menyelamatkan kt daripada siksaan api neraka...

1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan.
Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,
"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid,
surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

p/s : sungguh...kt lihat ianya simple je.

HUJAN.....

apa y anda terfikir tentang hujan...
kebiasaannya, hujan ni adakala menyenangkan hati, menyejukkan cuaca y panas. tapi adakala akan menyebabkan tugas2 kt tergendala.. tahukah anda bahawa hujan itu mengandungi seribu rahsia dan seribu rahmat y d turunkan oleh Allah...

mari kita renung-renungkan....

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

p/s : aida pun x tau rahsia hujan sebelum nie..skrg nie baru tau...

Saturday, December 5, 2009

Surah Al - Khausar

inna'atoina kalkhausar .
fasolli lirabbikawanhar.
innasania'kahuwalabtar .

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.


6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

p/s : surah nie pendek, ringkas, n mudah untuk d amalkan, tapi walau senang mcm mane pon, kalo x d Aamalkan, x de gak kesannya...ingatan nie untuk diri aida sendiri...

Rahsia Surah Yassin ayat - 58

sejak sekolah aida bile bace yassin, tibe je ayat ke 58 aida akan ulang 3 kali dan berhajat dalam hati. tapi aida x tau plak ada lg rahsia y aida x tau pada ayat nie...kt kongsi bersama... RAHSIA SURAH YASSIN AYAT 58 :

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut :
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu,
Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa,
semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri/suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.

10 surah yang mujarab daripada Nabi Muhammad s.a.w

maklumat y ingin aida kongsi ni aida peroleh dari blog :

http://tazkirahs.blogspot.com/search/label/Al-Quran

aida minta izin untuk ambil maklumat dari blog tersebut untuk d kongsikan bersama....benda baik untuk d kongsikan bersama...semoga kt sama-sama mendapat faedahnya...


1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :

"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."


5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..


8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."


9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."


10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

p/s : banyak rahsia al-quran y aida x tau..x tau sebab x kaji.tapi aida suka mencari...dan mencari dari internet.

renung-renungkan keistimewaan bismillah @ basmAllah....

terfikir sejenak tentang kalimah Allah,
BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM.....

pernahkah anda terfikir, apa keistimewaannya?
sedangkan kt sentiasa d galakkan memulakan sesuatu perkara dengan kalimah basAllah
tersebut.sedikit pengalaman sy ingin kongsikan.
semasa sy mengikuti satu program, seorg rakan satu khemah ngan sy dari UiTM MELAKA, sy perhatikan setiap perkara y d lakukan sentiasa d mulakan dgn bismillah,
daripada lipat baju, pakai kasut, pegang sesuatu hinggalah sekecil-kecil perkara,
sentiasa d mulai dgn bismillah...masyaallah...sy y mendgrnye...bagusnya adik nie...
puji sy dalam hati..kalo diri sy sendiri, bkn tidak mengamalkan bismillah, tapi x semua perkara sy mulakan dgn bismillah...selama 4 hari 3 malam sy bersama dgn adik nie,sungguh membuat sy tertarik dan terpanggil untuk mengamalkan kalimah Allah tersebut sepanjang masa,sehingga hari ini sy mengamalkan dengan memulakan setiap pekerjaan dengan membaca bismillah,sy dapat rasakan, dengan membaca bismillah, menunjukkan kt sentiasa ingatkan Allah, dan kt beribadah kpdnya..dan secara tidak langsung dapat mendidik hati untuk sentiasa ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara..
sungguh aida x sangka penangan kalimah Allah tersebut....semoga kt sama-sama mendapat rahmat daripadaNya...

ini aida ada bt sedikit kajian tentang keistimewaan bismillah...untuk d kongsi bersama...

Keistimewaan Bacaan Basmallah

Basmalah,
بسم الله الرحمن الرحيم

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,"

Kalimat di atas mempunyai kandungan erti yang sangat besar. Bacaan basmalah ini sangat mudah untuk diucapkan, akan tetapi keistimewaan dan keutamaannya sangatlah besar. Sebagian orang arif billah mengatakan bahwasanya basmalah ini adalah kalimat yang suci dari pada hidayat Allah yang tersimpan dan rahsia Allah yang ada pada para kekasihnya serta saranan yang cepat untuk sampai kepada Allah bagi siapa saja yang ditolongnya, juga sebagai rahmat yang khusus bagi penghuni syurga. Dan sangat banyak sekali riwayat-riwayat tentang keistimewaan, keutamaan dan kandungan basmalah, diantaranya sebagai berikut.

1 Keberkatan

Rasulullah telah bersabda,
كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أقطع

"Segala aktifitas yang dianggap penting dalam islam dan tidak dimulai dengan basmalah maka tidak akan ada keberkatannya."

2 Mengusir bala'

Pernah Rasulullah berkata pada sayidina Ali Karomallah Wajhah, "Wahai Ali, maukah engkau aku ajari beberapa kalimat yang harus kau baca jika ada sesuatu yang menyulitkanmu." Sayidina Ali menjawab, "Tentu dan semoga Allah menjadikan diriku sebagai tebusanmu." Maka beliau bersabda, "Bila kau ada pada sesuatu yang sulit ucapkanlah:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

_"Maka sesungguhnya dengan bacaan itu Allah Subhanahu Wata'ala akan menyingkirkan segala macam bala"."

3 Kunci segala permintaan

Diriwayatkan dari Wahab bin Munabbah ra., "Bahwasanya Allah Subhanahu Wata'ala memberi kalimat-kalimat ini

(بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم ? )

Suatu kerajaan yang tidak diberikan pada kalimat-kalimat lain. Kalimat ini bisa menyempurnakan kesucian, menghalalkan penyembelihan, mencegah syetan dari ajakan-ajakan, bembuat anak kecil dan lainnya enak makan dan minum. Walaupun jika seorang mengucapkan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Dengan kesungguhan hatinya, lalu dia masuk kelautan niscaya tidak akan menenggelamkannya, dan jika masuk ke dalam api niscaya tidak membakarnya, dan jika masuk ke tengah-tengah ular dan kalajengking, niscaya tidak akan menggigitnya, dan jika dibacakan di atas kuburan seorang mukmin niscaya akan terangkat azab dari kuburan itu dengan berkat bacaan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

4 Pencegah dan Hijab dari Syaitan

Telah diriwayatkan bahwasanya setiap orang yang ingin masuk rumah pasti syaitan mengikutinya, maka jika seseorang masuk rumah lalu mengucapkan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Syaitan menyeru, "Tidak ada pintu masuk untukku pada rumah ini".

Jika seseorang menyantap makan seraya berucap

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Syaitan menyeru, "Di sini tidak ada makananku".

Jika seseorang ingin minum seraya berucap

بِسْمِ اللهِ

Syaitan menyeru, "Di sini tidak ada minumanku."

Jika seseorang ingin tidur lalu mengucapkan

بِسْمِ اللهِ

Syaitan menyeru, "Di sini tidak ada tempat tidur buatku."

Jika meninggalkan basmalah tatkala masuk, maka syaitan ikut masuk. Jika meninggalkan basmalah tatkala makan, maka syaitan ikut makan. Jika minum maka syaitan meletakkan mulutnya terlebih dulu pada gelas yang dia bawa. Jika seorang ingin bersetubuh dan tidak membaca basmalah, maka syaitan ikut serta bersetubuh bersamanya. Hingga terlahirlah bayi yang dihasilkan dari maninya yang bercampur dengan mani syaitan, sehingga anaknya menjadi buta, sebagian ada yang buta sebelah, ada yang pincang, ada juga yang fasiq, ada yang kafir dan lain-lain.

Allah Subhanahu Wata'ala telah berfirman

وشاركهم في الأموال والأولاد

dan juga sangat banyak riwayat-riwayat dari hadits tentang hal itu.
Rahasia dan Keistimewaan Basmalah

Para ulama telah menyebutkan banyak sekali dari pada keistimewaan basmalah, di antaranya:

1. Jika dibaca tatkala ingin tidur 21x maka ia akan terjaga dari kematian yang mendadak, mencegah segala macam bala dan bencana dan di malam itu dia akan aman dari kejahatan setan, kecurian dan kebakaran.
2. Dibaca 100x untuk orang yang sakit atau terkena sihir.
3. Dibaca 113x dihari jumat seraya memohon hajatnya.
4. Dibaca 313x serta membaca sholawat 100x, untuk tambahan rezeki.
5. Dibaca 787x untuk hajat secara umum.

Khazanah Nabawiyyah

p/s : aida bukan lah yang arif, tapi cuma sentiasa ingin belajar n perbaiki diri...

Tuesday, December 1, 2009

ujian tuhan

Huhuhu hari ini genap lah 2 hari aida demam…
Mula2 makan rambutan, pas 2 sakit tekak,
Pas 2 panas badan..
Ha laa ni melarat…
syukur la sebab masih d beri peluang untuk merasai sakit…
sakit 2 kan penghapus dosa2 kecil..
wallahualam… itu semua urusan Allah…
jika Dia menghendakinya, maka jadilah ia…
walaupun kurang sihat, aida dapat gak tolong abah
bt kerja…badan aida ni pandai… dengar ckp..
hahahahha org kate jgn sakit waktu org bt kerja,
die dengar…org pesan kat diri, kalo nak melarat sakit, biar kerja siap dulu.
Hahaha 2 semua atas izan-Nya….
Pape pon, kt sepatutnya perlu sentiasa mensyukuri setiap nikmat y d berikan…
Aida mohon semoga sentiasa d kurniakan sifat sabar,
Dan berkhemah tinggi serta sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu.
AMIN….

raya haji datang lagi...

Kisah raya haji…
Erm sebelum terlambat, aida ucapkan,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI…

Raya haji kali nie agak berlainan dpd raya haji y sebelum nie..
Sebab pd kebiasaannya, malam raya mesti ada kakak or abg akan
balik ke kampung..(rumah mak n abah la).
Tapi kali nie… malam raya x da sape y balik pon.
Heheheheee
Nak tau sebabnye, aida dah call akak n abg2 aida,
Suruh meke balik malam raye kedua..
Raya haji kali nie kan jatuh pd hari jumaat.
27/11/09… so meke balik la petang 27 2….
Erm hal nie kerana, hanya satu tujuan sahaja..
Nak kumpulkan semua adik-beradik…
Kami bt burbeque … susah nak kumpul sesamekan…
Yela semua dah kawen,adik nie sorg je y single.
So adik bongsu nie la dok kene wat planning y paling bek pye…
Kalo x, sorg kat sinun.. sorg kat sinin…

Skrg nie kami dah wat sepakat,
Acara burbeque nie adalah acara tahunan keluarga…
Family day la…

So..rindu mak n abah pada anak2 terubat…
Hubungan kami sekeluarga bertambah erat..

Endau-Rompin State Park

Nie la masalah kalo ada idea x terus create kat note pad..
Nak tau x ..sebenarnye banyak aku nak cite, tapi biase la manusia2 skrg nie sentiase di belenggu ngan satu sifat malas n bertangguh..
Bile bertangguh, sikap Lupe plak datang..
How??? How to solve it???
Think about it..

Pasal program kat Taman Negeri Endau / Rompin Pahang 2..
Malas la nak cite, ha sebabkan bertangguh la..
Tapi.. insyaallah, nt bile dah dapat gambar, akan aida upload ye..
Ape2 pun, sinopsis program 2, selama 3 hari, program utama :

First day,
Biase la taklimat daripada urusetia….petang beb..
Lame tunggu dari kul 2 smp kul 5.
Dah la penat kat jalan dari kul 9 pagi daripada UTHM.
Tup2 kene tunggu peserta len..
Taklimat dpd tuan rumah n KPT bahagian Sukan Reakreasi kul 5...
Sabo je la... taklimat d mulakan oleh pengacare majlis..
KAK MIZA…
taklimat daripada RENJER. (malam…..)
Ape tugas jabatan… sentiasa mengkaji tentang tumbuh2an baru…
Kalo x silap la..aida bukan catat pon... org bijak..hahahaha
Bukan pe, bab2 org bagi taklimat nie buat aida tido je..
Lagi2 care penyampaiannye macam nak dodoikan org...
Jahat kan…
Cakap org pandai…diri sendiri lagi pandai…kakakakkakaka
Penerangan mcm mane mereka menjalankan tugas ketika dalam hutan.
Bukan senang 2…dok panjat2 gune tali…
Siap panjat pokok gune kasut but yang pacak g…
Ada bt sedikit demo…men panjat2…
Gune tali, rase ati teringin nak menonjolkan diri, tapi aku sedar..
Aku nie perempuan… dok panjat2 gune tali depan semua org..
Segan beb, ngan lelakinye ramai..
Kite tgk wa berani dak nie, tapi x tau la kalo lelaki kan..
Mcm kurang sopan la kalo aku,
X sedap mate memandang..
Khemah…erm dok utan lame2 x bawak rumah banglo tau…
Gune khemah je… senang… tapi.. hati2 byk binatang buas..
Jge mulut… don’t celupar2….

Second day…..
-PAGI-jumaat
X sure taklimat dpd perhilitan or perhutanan..
Y penting bt aida tdo gak..
X tau la mcm mane nak elakkan tabiat buruk nie..
Bknnya aku meminta, tapi dah jadi mcm nie..
Mau bt mcm mana ccccc…
Dah berusaha bkan x berusaha…
Tapi kalo nak bt praktikal…..
Mmg aku segar…Tapi yang nie x da praktikal..
Die cume cite pasal haiwan...Gaknye la kot..
Hahahahaha
Erh x best la cite pasal nie.

Kt terus ke sesi seterusnye..

-PETANG-
Taklimat daripada jabatan bomba..
Hoho tau la ada sungai…
Mule2 taklimat..So borimg..
Mcm biase bt aku mengantuk..
Nth ape y die ckp.
Y aku tau die cite pasaal live jaket, care selamatkan org..
Jenis2 live jaket, n name2 die..
Taklimat lbh kurang 2 jam..2.30-4.30
Haaa mase y d tunggu2..
Bt water confident kat sungai..
Best….name sungai d beri SUNGAI KINCHIN..
Search la kat internet kalo nak tau lebih lanjut pasal sungai ni.
Waktu taklimat ujan… puas tersengguk2..
Abis je taklimat,ngan mamai2. ajak jalan2..
Ikut je la..Tau2 sampai sungai..
Owww baru tau..Men berenang2…
Segan r de dak laki..Pompuan masuk air ok,
Bile naik..Mak oiiii seksi...
Astagfirullah...
Set kat main...Nak belajar, timba ilmu...
Takut2 gak takut da pape y x nampak kat sungai 2, tapi best sangat..
SEJUK…..

-MALAM-
Berjalan malam dalam utan.
Tapi sebelum 2 g jalan2 sekeliling dulu,
D ajar care nak tgk serangge n haiwan malam hari...
Nak tau carenye..
Firstly, kita kene g tempat2 y ada tumbuh2an,
Depends r.. pas 2 idupkan touch light sekejap2.
Kedudukan touch light mesti betul2 sebelah mata..
Bile kite panah cahaye lampu, nanti
Kt akan nampak flash back cahaya.
Nampak je, kt hampiri cahaye tadi ngan touch light kt..
So nampak la semut ke.. spiderman ke…
Kalo naseb kt baek, blh nampak cik Ular..
Cik kancil, cik harimau..
Hahahahaha satu tips, kalo nampak flash back warna merah orange,
Lari ye… 2 binatang buas..silap2 maybank..

K lepas sesi 2, sesi kedua pulak..
Betul2 masuk utan.Tapi aku rase x dalam sangat..
Kat pinggir utan gak.Tapi denger gak. Dah name utan..
Mula2 kami dbenarkn gune touch light.
Tp smp je kat destinasi y d tetapkan oleh urusetia.
Touch light x d benarkan..Ape sebabnye..
Nak tgk keindahan dan kebesaran ciptaan Allah..
Bayangkan anda sesat d utan, tanpa ada ape2 bahan api.
Nak jalan malam macam mane?
Berdasarkan daun2 kering d utan..
Mata kita akan sesuai dgn tmpat.
Pantulan warna daun adlah warna frozen. Warnenye mcm
Cahaya lampu putih silver..Lebih kurang la…
Sungguh kebesaran Allah itu x d jangkau dek akal hambanye..
ALLAHUAKBAR…

Seterusnye.
Jalan sorg2… tanpa lampu, just kene ikut tali je..
Takut kalo sorg2..Tp boleh bt org insaf..
Tp nie x menjadi pon..Sebab aku dapat kejar org depan..hahahahahhaaa
Jalan la laju…
Erh tapi keinsafan 2 dah ada dari awal g, dari aku tgk cahaya2 daun..
Erm perjalanan d teruskan ngan 2 org peserta masuk anak sungai.
Termasuk, d sebabkan kesilapan teknikal.
Tali tunjuk arah terjatuh dari tempat sepatutnye..
GEMPAK JAP..Jem kat jalan..
Lastly..
Sume check bdn masing2..
Ada pacat ke x..bile dah sampai kem..
Alhamdulillah aku x kene..Jauhkan kalo blh..
Ok je sbnrnye kalo kene tp geli la nak pegang...
Eeeeeee...
Y kene sibuk nak suk aku letak kat kaki..Pleas la..
Biar pacat 2 gigit aku tanpa sedar, jgn dengan sengaje d letak..
Or sengaje derma darah..
NO WAY!

Third day

Wa…. Seronok…
Satu hari g tracking.. Sungguh menguji stamina ku..
Alhamdulillah ok, enjoy, semangat berkumpulan n
Setiakawan, sungguh pun aku baru kenal ngan dieorg,
Kami saling membantu..Tapi….
Yang x seronok.. MR. PACAT…
MR. la aku panggil die sebab suke naik kat badan..
Oh no…. tapi aku ttp steady.. konon ar..
Kene naik kat tempat sepatutnye..
Masyaallah.. kalo blh nak pakai baju angkasawan..
Hahahhaha
Tp ada satu y menarik, sorg group member nie pompuan,
Geli sgt kat pacat, bru masuk x smpa stgh jam dah menjerit.
Aduhai.. aku kat belakang dia dah geleng kepale.
Mane x nye.. pacat naik kat kaki suh aku cabutkan..
Erm dalam geli2 aku pon. Tlg la gak..
Tp x tahan nye, bile die dah menggelabah, die cabut campak kene kat aku gak..
Ish3…sabo je lah..
Sampai die sumpah seranah pacat 2.
Y paling zalim, d bakarnye pacat 2 kat unggun api…
Erm sampai je kat sungai, masing2 menuai hasil..
Tgk kesan2 kene hisap pacat… wa…
Darah banyak…
Mcm org excident..
Pe g berendam la kat sungai..
Bayangkan satu tempat kene gigit ngan pacat, sekali gigit.
4-5 EKOR..perh….bek derma kat hospital kalo dah banyak sangat darah kan..

KELEMAHAN D GIGIT PACAT :
- bile pacat x kenyang g, kt cabut. Darah akan lambat kering n gatal.
- kalo pacat tanggal sendiri, same gak, darah akan ttp keluar, mengalir,
n gatal…

Kat sungai kami bt iktiar hidup, masak maggi dalam buluh,
Berusaha hidupkan kayu api, sebab musim hujan…
Masak maggi, senang je..
Org y x pandai masak pon blh masak maggi.
So..x leh la kate org 2 x pandai masakkan…
Lbh kurang 2 jam d tepi sungai,
Kami teruskan perjalanan,
Kali ni lalu tepi sungai, sebab dah x tahan ngan penangan pacat…
Hahahahhahahahaa

Kami d bawa ke satu lokasi, sungai gak, tapi tmpat banyak ikan..
Nth pe name ikan 2. tapi cantil ikan 2..
Sungguh pun waktu 2 kepale aku dah dingdong..
Erm d bagi mase 20 min untk mandi, kpd siapa nak mandi la.
Mandi ngan ikan..
Aku.. awal2 tarik diri..
Tempat 2 x sesuai.. so better x yah..
Pas 2 perjalanan d teruskan. Lalu sungai gak.
Hari nak ujan, so kene cepat..
Laluan kali nie agak bahaye,
Kene merentasi arus sungai deras..
Silap2 ari bulan ada gar y arwah d bawa arus sungai 2..
Aku org kedua..Takut gak..
Tapi aku kene yakin ngan urusetia y jadi tembok..
Nak x nak, aku kene terima bantuan y d hulurkan.
Kalo x..X sampai la aku kat seberang,,
Thanks kpd mereka y terlibat.
Sampai je seberang kami lalu utan.
Perh mcm pemangse tggu mangse.
Pacat banyak…So ada la y sibuk sapu losyen..
Isayyy x yah la sapu, masuk air ilang gak.
Kami teruskan perjalanan gune laluan tracking pelancong.
Aku btl2 d depan. Belakang juru pandu arah..
Laja gak org nie jalan. Sampai org blkg jerit jangan laju2.
Tapi aku y kat dpn syok je.
Sbb aku lbh suke bergerak pantas.
Baru extreme.perjalanan menuju ke air terjun..
Dapat info pon sebab aku tye kat pandu arah 2..
2 la kelebihannye..Wa stlah jalan hamper 1 jam.
Sampai la kat air terjun. NI AIR TERJUN MAHKOTA
ADA GUA KELAPA GADING KAT AIR TERJUN 2,
PADA KETINGGIAN 50 meter…(search d internet untuk lebih detail)
Aku peserta pertama y nampak.
SUNGGUH AKU TERPEGUN!
CANTIK. TENANG, sungguh indah kebesaran ALLAH..
ALLAHUAKBAR…
Hilang penat berjalan…
Mule2 aku x nak mandi. Tapi lame aku duduk kat c2..
Terbuke kati nak naik pelampung.aku tau aku x pandai berenang..
2 kene minta bantuan pelampong n member y pandai berenang..
Best sangat….x terase penat berjalan..
Sungguh pun kami dah berjalan dari jam 10.30 pg smp 3 ptg,
Sweet memory in this year before I graduate…
Lepas 2 balik…Lumbe lari sape sampai kem dulu..
Hahahahhaaaa Penat2 pon leh lari..
Untuk penetahuan aku adalah group 1,
Name kumpulan SUPER NAPOH..
Kenape super napoh..
Sebab aku x tau napoh 2 mcm mane..
Hahahahahahhhaaaa
Smp kem kol lbh..Ujan lebat…
Men ujan sebab khemah ku masuk air…
Baju basah…Tension…

-malam-
Burbeque…n wat persembahan kumpulan..
X da y menarik po..
Pas 2 bt LDK..

Hari keempat..
Last day… tibe masa berkayak..sepanjang Sungai Kinchin.
Waaa seronoknye….Mase y d tunggu2…
Satu kennu 3 org.Aku pengemudi..
Best sangat sebab berpeluang care mengawal kayak kat arus deras n curam…
Huh boleh lenguh tangan dok kayuh padel…
Erm lebih kurang 3 jam je…
Pas 2 bersiap tuk balik…
Erm sweet memory..
Sungguhpun aku sentiase teringat org2 y d rindui n di sayangi…

Seronok dapat kenal ngan student u len…
Thanks everybody…