Tuesday, June 15, 2010

Ubat Hati

Istimewa untuk hati yang sedang
bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk,
inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:






Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.


Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

Sibukan diri dengan sesuatu
- Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti
perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat
dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya



Luahkan perasaan anda
- Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah
seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah
atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian,
menulis blog dan sebagainya


Senyum - Apabila
berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin
dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan
fikiran dan hati.

No comments:

Post a Comment