Thursday, September 22, 2011

Last Nite.. 21 Sept 2011



Aku n Alyia..
huhuhuu pengalaman, hanya untuk menuntut ilmu pelindung diri,
pelbagai dugaan kami perlu hadapi...
benar lah kata org, 
bukan mudah untuk mendapatkan apa y kita inginkan...
mungkin setiap satu perkara itu ada dugaan, halangan..
n adakala d permudahkan..namun ada juga dugaan d akhirnya..


Seni Silat Cekak Malaysia..
Hope dapat tamatkan pengajian ini....
Seni Silat Cekak Malaysia

Tuesday, September 13, 2011

1st Day Class At UTeM...



new experience.. at new place for me n class members,
seronok rasanya sbb kebanyakan subject ai dah blaja wak2 dip,
mule mmg sedih cos can't transfer the credit hour...
but, that's one of the advantage for me...
Manufacturing Practice, Static, Statistic, Auto CAD n so on..
Kehidupan di UTHM n UTem sedikit berbeza,
namun cara lecture n management lebih kurang same..


Pengalaman :


5.55 am : bangun tdo n bersiap
6.45 am : kuar bilik trn ke tempat menunggu bas
7.10 am : naik bas menuju ke kampus induk, (patah kaki x de trasport, so bersabarlah)
7.25 am : sampai kat kampus induk Fakulti Kejuruteraan Mekanikal...
               (proses cari kelas, alhamdulillah d permudahkan)
8.00 am : berada d depan kelas (tggu lect, after 15 min kalo x de blah la...style UTHM..)
8.15 am : lect smp n suruh kami pergi ke blok lain..




nie 2nd time masuk kelas nie...cik suh g Audutorium lect plak untuk taklimat g,,

ala.... x de mood la nak post blok nie sepenuhnya..
y penting secara ringkas..kami kene berulang alik 2 tempat tersebut sbb antara lect x sefahaman..


balik pkl 4... tggu bas pye lame...jam 5.20pm baru ada bas...lumrah di UTeM begini rupanya..
layankan aje...


kat bawah nie muke2 bosan tunggu bas untuk ke TTU3,
y jarak dpd kampus induk lbh kurang 10km....
nak jalan kaki mmg x dan lah dek..
lagi2 pd bdk2 matrik n asasi y x biase ngan keadaan mcm nie..
dah biase senang...
so merungut je la...
dah pk nak cari lelaki y berkereta y blh d ambil kesempatan...
issshhhh3333....
mudah2an diriku tidak seperti itu...





Friday, August 26, 2011

UTEM, MELAKA


Keputusan Permohanan Pelajar
Tahniah ! Permohonan Anda Berjaya.
 
Maklumat Peribadi Tambahan Pemohon
No. KP   891222015112
Nama   NURULAIDA BINTI TOHA
Kursus   IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (REKA BENTUK PRODUK) DENGAN KEPUJIAN
Tahun Kursus   1-BTPD
Fakulti   FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN



erm...ini lah akhirnya destinasi y akan ku tuju...
Ya Tuhan, ku bersyukur kehadrat mu..
Kate akak, rezeki d bulan ramadhan..

NSK...kenangan bersama rakan2 d sana x kan ku lupakan.
Pengalaman y x kan ku lupakan..

PKNS Shah Alam menjadi saksi,
Aku telah diterima untuk meneruskan pengajianku...
26082011 ~ 26 Ramadhan

Sunday, August 21, 2011

Ogos 2011 +++++

Segalanya terkandung disini,
Samada yang tersurat, mahu pun yang tersirat,
tak terluah dek kata-kata,
Tak terzahir dek perilakunya,
Tak tertafsir di hatinya,
Segalanya akan tetap ada di lembaran ini,
Andai tak terluah,
Semuanya hanya tuhan saja yang lebih mengetahui.
Inilah caraku,
Kehidupanku,
Andai tidak tertanggung, 
Hanya tuhan saja yang lebih memahaminya...





Thursday, August 11, 2011

~~~~~


Hanya kamu yang mengerti akan diriku...

Monday, August 8, 2011

u & me at August 2011 / Ramadhan

Adakah ini pertemuan terakhir?
Atau pown ada lagi pertemuan y akan datang?
Dapatkah aku bertemu dengannya lagi?
Adakah dia jodoh ku?
Tahukah apa y akan berlaku masa akan datang?

Ya tuhan,
Persoalan demi persoalan…
Syukur alhamdulillah, aku di pertemukan dengan si dia.
Memory y x kan ku lupakan,
Tidak mengapalah seandainya ini cara kami d peremukan,
Setahun 1x, 2x, or 3x sekali pown,
Aku reda….

Kamu tahu x, aku sayang kamu…
Sebab apa tau,
Sebab diri ini merasakan, kamu dapat menjaga diriku,
Kamu boleh menerima keluarga ku,
Kamu dapat membimbing diriku,

6 Ogos 2011 & 7 Ogos 2011

Bermula dengan sedikit sengketa,
Berakhir dengan kesedihan, kesayuan n kegembiraan,

KUALA LUMPUR menjadi saksi pertemuan kita,

Low Yat ~ Time square ~ Sogo ~ Jalan Tunku Abdul Rahman
IOI mall ~ Taman Bukit Jalil

Ya tuhan,
Ku mengharapkan pertemuan kami kali ini,
Bukan lah pertemuan y terakhir,
Ku mengharapkan kasih kami kali ini,
Tidak meninggalkan noktah hanya d sini,
Ku mengharapkan,
Dia menerimaku seikhlas mungkin,
Dan ku mengharapkan,
Dia memilihku, bukan kerana keterpasaan….

Ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa kami di bulan ramadhan y mulia ini,
Akhiri lah hubungan kami, dengan pengakhiran y baik,
Jangan benarkan syaitan-syaitan bergempita kemenangan…
Amin…

Kali ini,
Diriku lebih mengenali dirinya,
Mendalami sifatnya,
Mengenali perwatakannya,
Selama ini,
Hanya suara y d kenali, bukan empunya diri ditatap rapi..

Thank you so much for 2 days…
Forgive me if any mistake…
Just only u know….

* not easy for me to loving some one,
* not easy to forget some one if that one leave me,



Wednesday, July 20, 2011

segalanya terbuku...dan terbuku..dan terbuku...TANPA LUAHAN............

lame rasenye aku nak mencoretkan nukilan ku di sini,
mencemar duli ke ruangan ini,
dengan luahan2 hati ku...
y mmg sentiasa ada saja mengusik hati..
jiwa ku y sensetif...
ermmmmmmmmmmmmmmmm.................
dilema hati,
fikiran y x matang,
siksa dalam membuat pilihan...
y terbaik antara y terbaikkk...........
kuatkan hati ku,
tingkatkan kesabaran ku....
perteguhkan iman ku...
perketatkan kawalan emosi ku....



SEGALANYA AMAT PENTING BAGI : 
NURULAIDA.............................................

Monday, February 7, 2011

Kampung ku ~ 4 Feb'11 > 6 Feb'11 ~

Semalam baru je sampai dari kampong…
Wa… agak penat la,
Kat umah, pas 2 balik nek bas,
Pas 2…jem teruk..

Balik kampong ber5,
Balik KL pon ber5,
(Aida, adik, Aiman, N, Arif)
Kawan ofis teringin nak ikut balik kampong..
2 y ramai 2..Anak buah pon ikut…

Erm teruje plak dak KL yg x de kampong masuk kampong aida..
Tapi y x blh blah sangat,
BF die pye la risau sampaikn nak tau alamat umah kat kampong..
Sengal pye org…
Nak risaukan org 2 biar la bertempat….

Kerja N kat u\kg adalah :
1-     Snap Pick at kawasan umah
2-     Naik basikal Besar ku
3-     Masuk kebun petik sayur with my mum…

Huhuhuuuu die panggil kebun aida kat belakang rumah 2 hutan..
X kesah la pape pon,
Yg penting aida nakpak die happy n santai kat umah aida,
N my mum n dad pon selesa,
Kesian pada org y x de kg,
So pada mereka y ade kg, hargai lah ye…

N cakap : “ Aida N harap aida x serik nak bawak N lagi ye…Best Kg aida, 2 la yg N nak…santai, tenang, sejuk….ikhlas dari hati N, Kampong aida mmg best”..

Erm pendapat aida, untuk N melawat sekali sekale blh la…
Tapi kalo untuk menetap lame, rase org mcm N x kan bertahan lame…
Huhuhuhuuu

Tapi x leh lupe ajak dieorg minum air kelapa muda tanpa cawan…
N makan isis kelapa muda tanpa sudu…
Haaaa fikir2kan mcm mane 2…

3 ayat N yg aida akan ingt selamanya :
1- Wah mmg budak kampong betul la aida ni!!!
2- Wah dasyat ar dak nie
3- Tabik spring la kat aida, aida blh dok dapur jeq, daripada kt sampai smp la kt nak balik


Banyak sebenarnye kenangan2 manis yg aida coretkan n tinggalkan untuk N ngan Adik N sepanjang kat kg…
1-     suasane sejuk waktu malam sampai ke pagi,
2-     kebun
3-     kerepek,
4-     pasar malam,
5-     ayam kg,
6-     cicak
7-     air kelapa..
8- Aida menjerit je sepanjang mase,hahahhahaa baru kenal kecohnye kwn nie
9-     n macam2 lagiii

sume 2 hanya N ngan Arif je yg tau,
Semoga N kekal sbg kwn aida, insyaallah,
Ya Allah, rahmatilah n lindungilah sahabat ku ini,
Amin…

Wednesday, February 2, 2011

2nd Feb 2011 -Seri Kembangan ~ Kuala Selangor ~ Tanjung Karang ~ Sabak Bernam

Hari ini ia berlaku..
Berdebar dalam solatku,
Ketika di masjid Hari ni,
Ketika solat zuhur di Sabak Bernam...
Ku percepatkan solat ku,
Rakaat pertama, selmat...
Rakaat kedua,
Ada seseorg menyentuh bahuku,
Allahhuakhbar,
Imam lah aku saat itu..
Ya Allah....Sempurnakan lah solat ku ini
Sesempurna solat seseorang yg beriman..
Takut memimpin org, berat tanggungjawab...
Saat demi saat,
Ku meniti penuh berhati-hati...
Alhamdulillah,
Selesai tanggungjawab ku memimpin org yg > tua dari ku...
Semoga beliau tergolong di kalangan org beriman...
Dan dipermudahkan urusannya...

Saat2 itu bermula apabila,
Beliau membentang sejadah rapat dgn ku,
Jarak kebelakang sedikit dpd ku,
Dan akhirnya menyentuh bahu ku...
Ini adalah kali ke3 seumur hidupku,
Selain mengimamkan ahli keluarga ku...
Masyaallah....

Tuesday, February 1, 2011

Kata Hati.......Namun Ku x Berdaya.....

 Apakah rasa hati ku sekarang..
Erm…
Bagaimanakah mahu ku luahkan…
Pernah x anda terfikir..
Masalah anda lebih besar daripada org lain,
Pernahkah anda terfikir,
Anda lihat org lain seperti tiada masalah,
Erm hakikat yg nyata,
Semua org ada masalah masing2,
Seberat2 masalah hanya individu tersebut sahaja yg tahu.
Erm,
Kadang kita x dapat untuk meluahkan semuanya..
Di luah mati mak, di telan mati bapak,
Dugaan setiap manusia Allah berikan berbeza2..
Untuk mengawal, & mendidik hati juga satu daripada masalah..
Itu adalah masalah seberat2 masalah..
Namun, ia dapat juga di selesaikan,
Selesaikan dengan cara terbaik,
Iaitu, ingat Allah..
Allah itu maha mengerti hati mu yg sebenarnya,
Kerap kali kita membuat keputusan
mengikut bisikan2 yg kita x tahu dari mana datangnya,
Kadang kita ragu2 dengan keputusan kita…
Erm….sukar nak dapatkan sesuatu yg hakiki…
Itu lah dia penyakit hati….
Penyakit hati yg di miliki setiap manusia,
Tetapi berbeza-beza…
Erm…..Itu lah asam garam dalam kehidupan..
Semoga diri ku dapat mendidik hati,
Membuat keputusan sebaik mungkin untuk hidup ku,
Agama ku, serta masa depan ku..
Ya Allah, tenangkan hati ku,
Didik lah hati ku agar tidak mudah gentar dengan dugaan mu,
Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yg mengerti segalanya,
Amin….

Monday, January 17, 2011

Jusco Equien Park & IOI Puchong menjadi saksi.....

Semalam….16/01/2011….
Hari yg x dapat aku gambarkan…
Adakah aku bahagia…
Adakah aku serba salah…
Adakah aku sedih…
Adakah aku geram…
Adakah aku gelisah…
Rasanya semua perasaan itu ada dalam hatiku…
Bercampur baur…
Bercampur aduk,
Hanya tuhan saja yg mengetahui isi hati ini…
Dari masa ke semasa,
Satu persatu,
Perasaan-perasaan ini hadir ke dalam hatiku..
Mengetuk pintu hati…..
Namun dengan berkat kesabaran si dia dan diriku….
Kami tetap bertemu,
Walau keletihan dirasai….
Bahagia ku rasakan dapat bertemu,
Walau seketika Cuma…..
Thank sayang……
Kesabaran mu menanti diriku selama hampir 4 jam,
amat ku hargai,
dan membuat ku terharu….
Namun ku tetap merasa bersalah terhadap dirimu…
Jahatnya diriku membuat dirimu sedemikian…
Ku dapat rasakan dirimu akan terfikir,
Adakah kerjaya itu lebih penting daripada dirimu…
Ya tuhan….
Seandainya diriku boleh dibahagikan,
Sudah lama diriku ingin memenuhi kehendak mereka yg amat memerlukan…
Seandainya aku ini pelita….
Biarlah aku menjadi pelita yg berguna….
Namun walau apa pun,
Syukur ku panjatkan kepadamu tuhan….
Segala dugaan mu ada hikmahnya….
Mengajar diriku lebih menghargai seseorg,
Dan mengajar ku erti sabar…..
Ya tuhan….
Seandainya dia baik untuk ku….
Rahmati lah kami…AMIN….

Sunday, January 9, 2011

Interview....Mak & Abah...

Beberapa hari lalu aku telah menghadiri satu temuduga,
Menetukan sama ada aku layak @ tidak untuk menjadi mahasiswa UNiKL,
Jurusan Bancelor of Aircraft Maintainant  Technology (Hons) Mechanical…
Erm..jawab 50 soalan dalam masa 30 minit..
Ade soalan susah tapi aku dapat jawab, y senang insyaallah betul..
Tapi ada 5 soalan berkaitan sudut pandangan lukisan..
Er…sem dua dulu…lupe dah…
Sebab x suke bab sudut pandangan, kene imagin..
Kajian menunjukkan wanita sukar untuk membuat bayangan 3D…
Pas 30 min tamat, menanti untuk di interview…
Erm, panel aku 2 org… die kate purposely u must speak in English,
Owh my God…. Boleh je sebenarnye… cume x yakin..
Actually overall ok, die pon cakap :
Sebenarnye nak tengok u boleh bercakap dalam bahasa inggeris or tidak..
N aku lulus…huhuhuu x sangke gak..
Mybe sbb environment waktu kerja melatih aku untuk bercakap..

Erm… wak2 interview die tye mcm2…
Antaranya, sure awk nak amik cos nie…
Aku tau semua lelaki…
Awk tau x, nt awk kene berjemur tengah panas untuk baik pulih pesawat..
Silap2 awk balik cuti, family awk x kenal awk..
Erm…..blah blah blah blah blah……
Nth mcm2 lah…

Tapi dalam beberapa hari nie…
Setelah aku fikirkan…
Bukan nie bidang aku sebenarnye…
Niat hati mmg nak,
Tapi bersabarlah, fikirkan dari banyak aspek…
Kesian kat abah….
X kana bah nak membanting tulang untuk aku lagi…
Semate aku nak dapatkan ijazah yg teramat mahal nie..
Kalo aku gagal…
Sia2 usahanya…
X pe….tuhan 2 maha mengetahui atas segala di muka bumi ini…
Insyaallah, ada rezki aku..
Sekarang…selagi aku ade,
Biarlah mak n abah merasa hasil titik peluh anaknye (padahal x berpeluh….tapi penat mata)

Erm hari nie aku bagi abah duit, ada lah cikit…
Mcm 2 minggu lepas aku balik, aku bagi ckit sebelum naik bas..
Tapi tadi abah x nak amik..
Abah kate, simpan duit tu untuk bayar PTPTN…or keperluan lain..
Niat hati aku nak bagi…
Aku tetap akan bagi..
Berapa sangat lah duit aku nie kalo nak di bandingkan ngan pengorbanan
Mak n abah…
Abah x nak amk…aku letak dalam dashboard.. ermm…abah x leh nak kate ape la..
Betul kate akak..daripada kita buat beli y bukan2…baik kita bagi dieorg…
X pe..2 dah dalam burget aku…bile lagi aku nak berjasa..
Ape y penting pengorbanan mereka x da tolok gantinye….
 Terima kasih Abah,,,Mak…
Adik saying sangat kat mak n abah..
Sayu rasenye bile abah x nak amik duit 2….
Abah x harapkan ape2 pon…
Y penting anak2nye tau jage diri, n x lupekan dieorg….

Wednesday, January 5, 2011

Masa Depan Ku.....Aircraft?????????

Subhanallah….
Ujian mu amat berat sekali…
Dalam membuat sesuatu pilihan…

Dengan kuasa mu n rahmat mu n kekuasaan mu jua,
Kau telah menggantikan sesuatu y di harapkan dengan y lain..
Kau maha mengetahui atas segala y berlaku ya Allah….

Namun berat bagi ku untuk membuat keputusan yg muktamat…
Ku amat memohon pertolongan dari mu,
Wahai tuhan ku,
Berikan lah aku petunjuk mu,
Dalam aku membuat keputusan,
Tanpa ada hasutan luar…
Tetapkan lah hati ku tuhan ku…
Tetapkan lah hati ku tuhan ku…
Tetapkan lah hati ku tuhan ku…
Seandainya ia terbaik untuk masa depan ku,
Tunjukkan lah…
Seandainya ia bukan sama ukuran,
untuk diri ku,
masa depan ku,
Jauhkan lah daripada ku…
Ya Allah…..
Petunjuk mu amat ku perlukan di saat ini…
Dengar lah rintihan ku ini tuhan ku….

Hanya pada mu aku berserah,
Kerna ku tahu,
Hanya Kau saja yg amat mengerti dan berkuasa…

Monday, January 3, 2011

Aku hanyalah PELITA

Dulu & sekarang beza sangat,
Ape y beza ye…
Waktu sekolah,pagi2 mak dah btkan bekal..
‘dik bawak bekal ye,jimat ckit..susah cari duit…’
Bile mak bawak kan bekal 2 bukan sikit2…
Banyak 2..
Aku makan sorg pon x larat…
So smpai sekolah..bile cikgu x de,ape lagi..
‘Weh korg!!! Jom makan same2…’
Erm masuk je U,
Aku pon dah terbiase, time aku nak makan je..
‘Mira!Eikin!Cik Dollah!!!!Jom makan!’
Selagi x cukup korem, selagi 2 x makan,
Seronoknye….
Nak g kelas je,
‘Weh Mira! Eikin!Korg x de kelas ke?’
'Cik Dollah!! Cepat nak kene tinggal ae!!!'
Itulah Aida ngan mulut bisingnye...

Kenangan tinggal kenangan,
Tapi y paling meriah waktu kami same2 kat KKTDI…
Walaupun aku dok kat tingkat 4 sensorg,
Dieorg bilik lain2…kami tetap bersame…
Bile kene pada masenye,
Semua ade…Manisnye kenangan 2…
Seindah2 kenangan y pasti x de expired date…
Bulan puasa…masak n makan sesame…
Kenangan y amat manis….
Ya Allah….
Kau lindungilah sahabat2 ku…
Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka,
Walau selame mane pon,

Sekarang….
Masing2 membawa haluan masing2…
Dan tiada harapan untuk bersama seperti dahulu lagi….

Sekarang…
Sahabat2 bergembira apabila berjaya melanjutkan pelajaran…
Namun ada lagi sahabat2 y bersedih, berduka…
Tidak dapat melayari behtera perjuangan bersama sahabat2 di menara…
Dalam senyap2 meneliti comment dari pageBook,
Terase sayu hati…
Tinggi semangat sahabat2 ku merebut peluang kekosongan….
Dalam diam,
Diriku juga seperti kalian…
Gembira untuk sahabat, Sedih untuk diri sendiri..
Bukan mereka sahaja,
Diriku juga terasa,
Ya tuhan…tunjukkan kami jalan mu…
Tunjukkan kami peluang mu….
Perkuatkan hati2 kami…

Dengan rase2 hati y ade..
Terselit juga rase bimbang…
Bimbangkan seseorg….
Ya tuhan….
Berikan kesihatan tubuh badan padanya…
Banyak dugaan y telah kau limpahkan padanya….
Cukup lah setakat itu sahaja,
Berat mata memandang…Berat lagi bahu y memikul…

 Sekarang,
Aku banyak buat kajian tentang penyakit jantung...
Erm sukar untuk menerima kenyataan...
Insyaallah, sedaya upaya ku, 
Akan ku bantu....
Allah juga y lebih tahu setiap sesuatu kejadian itu,
Setiap y berlaku pasti ada hikmahnya..
Takut, bimbang, 
Aku perlu tabah..
Ini ujian....ujian y kecil d dunia...
Dunia y fana...
Aku sayang kan dia,
Sayang sangat padanya...

Saturday, January 1, 2011

Alamanda...Putrajaya..

sempena 010111
sempena birthday my sis
sempena berakhirnya cuti sekolah


so....beramai-ramai lah kami main bowling kat Alamanda..
erm...main 2 game ngan kumpulan...
1 kumpulan 4 org...
agak2 x pandai main...
golekkan je la bola 2....









ape rase hari nie....
apa y aku buat sebenarnye...
nth la....
sampai bile aku perlu mcm nie....
abaikan....
ia akan pulih sendiri....


hati ku....
keluarga ku....
masa depan ku....
org y menyayangi ku...





adakah aku adil terhadap semua itu.....
mencurah2 persoalan demi persoalan di kemukakan,
tanpa di pinta, dan di paksa.....

010111

Hari nie..
genap la 2 bulan 1 hari aku x update blog..
erm mungkin bile perlu je akan ku kunjungi blog nie..
bile agaknye ye...
mcm sekarang...
dalam kesayuan hati..melayani pearasaan sendiri..
mengubati, kesunyian di hati,
perlu ke aku buat semua nie..
melayani perasaan...
sayu hati bile terkenang...
erm... :-\
x tahu lah....mungkin aku selesa mcm nie..
meluahkan rase hati..
x terluah dek kate2 bile bercerite ngan some one...
bercerite gak ade kale..
tapi x lah semua..
so mase2 mcm nie la aku meluahkan semua...


KENAPA :


1- aku kene melayan perasaan
2- aku kene terfikir
3- perlu bersedih


no answer for the question...


2011........


bermula ngan kesedihan dalam hati...
siapa tahu...


2010......


perlbagai perisa aku campurkan..
suka, duka, gile2, sewel, senget...
semua de..
erm...kenangan2 y lalu x dapat d lupakan begitu je..
melainkan hidup dan mati...


30/31 Disember 2010


YYYYYYYYYY????????????
Dari malam sampai ke pagi aku bersedih...
sedih dalam hati.....
erm...layan perasaan...
kenape aku jadi mcm 2.....
aku rase nak pegi satu tempat y tenang, 
penuh dengan tanaman hijau, tasik or pantai...
mungkin d situ aku boleh menangis....
menenangkan fikiran....
kenape aku perlu menangis....
aku pon x tau...
rindu kah aku....
sunyi kah aku.....


Bile kesedihan itu hadir...
mengetuk pintu hati ku,
senyuman cuba ku ukir....
tapi...adakah hati dapat menipu.....
hatiku.....
katakan lah apa y sebenarnya berlaku pada tuan mu ini....
menangis kah hati ku.....
Amar ku jadikan alat untuk menutup duka,
adakah ia berjaya....
mungkin berjaya,
mungkin tidak...


senyuman ku...
adakah ikhlas datang dari hati...
ku rasakan seperti tidak sama sekali...
senyuman terukir,
namaun tangisan dalam hati....
mengapa ia berlaku....
tiada jawapan bagi itu...
rindukah aku....
Ya Tuhan....
berdosakah aku memiliki perasaan ini.....


010111


cantik sungguh tarikh tahun baru ini....
erm...
ape dalam fikiran ku..
apakah azam ku...
lupakan y lalu..
buka lembaran y baru..

Kenangan Terindah...
Sungguh Indah....

Semanis-manis Kenangan...
Akan ku coretkan...


2011