Saturday, October 23, 2010

HiduP Ku & PeLuANG ku....

adakah masih ada ruang untuk ku mengidamkan & merialisasikan impian...
impian y belum tentu akan tercapai & menjadi kenyataan..
puncak menara gading y entah bila akan ku jejaki lagi...
mungkinkah aku akan menerima kenyataan,
semoga aku cekal menghadapinya...


rutin ku...hidup ku....
adakah hanya untuk org2 di sekeliling?
apakah tujuan sebenar aku hidup di dunia ini?
y pasti adalah untuk beribadah...
namun apakah aku telah mendalami konsep ibadah y sebenarnya...
apa y pasti setiap pekerjaan itu adalah ibadah...
semoga aku ikhlas menjalani tanggungjawabku...
walau seberat mana pun...


tapi....
sanggupkah aku menggalas tanggungjawab ini seumur hidup ku????
setiap hari akan berurusan dengan pekerja,
setiap bulan akan menelan segala komen & kutukan,
erm....
itu lah hidup...
manusia tidak pernah mendalami erti hidup hakiki y sebenarnya....
termasuklah aku sendiri....
kelemahan diriku....kekuatan diriku....
sentiasa menghantui...adakah aku masih berpeluang...
adakah aku mampu....adakah aku boleh menjadi insan y sentiasa diredhai....
masyaallah....berat sungguh dugaan hidup di dunia y sementara ini...
aku tidak adil terhadap diriku,
tidak adil terhadap mak n abah...
tidak adil terhadap familyku,
n tidak adil terhadap rakan2 ku....


setiap apa y prof katekan ari 2 ade benarnya...
tapi, biasala...manusia sentiasa mahukan y terbaik untuk dirinya & keluarga...
kekuatan itu datang dari keluarga itu sendiri...
tapi sebenarnya family tidak memaksa, cume mahu kt sedar,
betapa pentingnya ilmu n kejayaan...
aku belum berjaya lagi dalam hidup,
masih bertatih meniti hidup,
mengapa aku memilih bekerja di sini.
kerna aku mahu belajar erti kesusahan n keperitan hidup..
walaupun aku tinggal bersama kakak tersayang,
aku x bergantung hidup dengannya...
diriku akan ku uruskan sendiri selagi terdaya....
itu lah kehidupan, walau dimana kita berada,
semua ragam manusia ada....
x perlu terkejut or melatah....
manusia pelbagai ragam,
rambut sama hitam,hati n pemikiran berbeza,
kepala bertutup tudung,
bab mengata tetap ada,
nama dalam ic status islam,
cara pegangan n amalan sungguh berbeza....
itu lah lumrah hidup di bumi pinjaman y sementara...
ingatan untuk diriku,
segala nikmat y diperolehi n dirasai,
hanya sementara, dan tidak akan kekal lama...
mensyukuri ape y ada satu langkah mereka y menghargai.....
SYUKUR ALHAMDULILLAH AKU MASIH HIDUP DIDUNIA INI,
N DIKURNIAKAN KELUARGA BAHAGIA....
TOLONG MENOLONG SESAMA SENDIRI.....

No comments:

Post a Comment